Program Serba Serbi Aidilfitri di Pejabat Pos Sirusa bagi Kempen Internet Selamat

13 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

12 Mac 2026 – NADI Linggi dan NADI Kluster Port Dickson bersama-sama dengan MCMC Negeri Sembilan telah mengadakan Program Serba Serbi Aidilfitri di Pejabat Pos Sirusa, Port Dickson bagi mengendalikan pameran Kempen Internet Selamat dan NADI. Program ini telah melibatkan seramai 50 orang pengunjung.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat dan pameran Kempen Internet Selamat, edaran bahan informasi Kempen Internet Selamat & KITA kepada pengunjung. Aktiviti kuiz dan permainan bertemakan Kempen Internet Selamat bagi menarik penyertaan pelbagai peringkat umur serta sesi penerangan mengenai fungsi dan peranan NADI dalam komuniti dan pelaksanaan pendaftaran keahlian NADI.

Turut dihadiri juga oleh pegawai MCMC Negeri Sembilan iaitu Encik Amir Hazim Bahri, Penolong Pengarah MCMC Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali